search

sugar daddy

Total Pageviews

8.26.2014

player dalam jersi 1

Dira

Dalam riuh rendah, dira mula mengatur langkah tari, makin rancak muzik makin rancak dira meliuk lenggokkan tubuhnya. DJ Dira , part time dj club malam,. tak dihairankan lagi suasana kelam, tak diendah lagi halal dan haram , yang penting dia mahu selesaikan kerjanya cepat. esok perlu masuk awal kepejabat.

terlompat-lompat , hanyut...

..............................................................................................................................


"Kau nak kemana babe" sapa Nurul , teman serumah. melihat dira berseluar tight hitam dan berbaju polos putih .
"Futsal" jawab dira ringkas.
"balik tak" Nurul ringkas bertanya sambil melabuhkan punggung disebelah dira.
"balik lah, rimaslah kau ni banyak sangat tanya" dira mula membentak sambil mencapai kasut di rak .

dan nurul diam kerana faham tingkah sahabatnya itu, mudah baran, pantang diusik , melenting.

"lantak kau lah" jawab Nurul mematikan perbualan , nurul berdiri dan menghala kedapur. sambil mengomel seorang diri , entah apa dibisingkan lagi. mungkin bengang dengan jawapan diberi oleh Dira tadi.


..............................................................................................................................

Civic FD 1.8 berwarna putih itu dihidupkan , sengaja ditekan pedal minyak , ngauman Vtec jackson racing supercharged engine bergema disegenap ruang carpark condo. Dira tersenyum. "boleh tahan bunyi exzoz aku ni" berbual sendiri , keluar melepasi guard , Dira memecut terus ke Sport Prima , kawasan tumpuan sukan teman seusia dengan minat yang sama, setiap malam rabu mahupun sabtu , disitulah tempat dira melepaskan peluh .

Tiba masuk ke bahagian parking , dengan sengaja dira menekan pedal minyak lagi , menunjuk kehadirannya pada rakan-rakan yang sudah menunggu dipintu masuk utama . 

"Lambat sangat lah kau jantan, tadi ada anak ikan kacak memang taste kau main dekat court sana" sasha, teman satu team futsal dira memulakan perbualan , ditarik dira terus menuju ke gelanggang futsal yang dimaksudkan , Dira menolak kerana mahu terus ke tandas untuk menukar jersi .

"baik kau lepas tangan aku sebelum aku rembat muka kau pakai bola ni" jawab dira sambil menghalakan bola yang dibawa kemuka sasha. saling tertawa dan sasha melepaskan pegangan tangannya , terbayang sasha kejadian dira menendang perut lelaki didepan matanya beberapa bulan lepas .


.............................................................................

"Nak air?" soal Edy sambil menyuakan sebotol air mineral dan tuala bagi dira mengelap peluh , dira merenung sekilas wajah edy , seorang pensyarah kolej swasta disekitar selatan tanah air , tampan , tapi sayang dira belum terbuka hati untuk sesiapa . 

"saya bawak air , thanks" jawab dira tak kisah sambil berjalan-jalan bagi meredakan kekejangan otot sebelum melabuhkan punggung dibangku tersedia . "wei defend mana defend!!" jerit Dira diluar jaring. melihat pasukan lawan mula mengasak pintu gol. 

"Awak marah saya tengok awak ke?" soal Edy, dibalas dengan jelingan dan senyum dari Dira "tak la, awak ni buatpe kat sini, sini semua perempuan la, tak takut kena rogol ke?" sambil dira ketawa terbahak menyembunyikan rasa kurang senang dengan kehadiran Edy disitu. langsung dibalas tawa dari Edy , "kena rogol sayalah untung cik dira oi" jawapan nakal Edy. dira tersenyum tidak mengendahkan jawapan Edy sambil mengagihkan jersi baru kepada rakan-rakan sepasukan dan memberi taklimat ringkas mengenai perlawanan mereka yang akan datang . sungguh baran , tidak dinafikan dira adalah tunggak kejayaan pasukan mereka .

 Edy memerhati "cantiknya lah kau nadhira, kenapalah susah sangat nak ajak kau keluar" bisik dalam hati.

"lepasni nak makan ke, nak saya teman ? saya parking sebelah kodel awak" tanpa disoal edy menawarkan diri untuk menemani dira dan memanggil kereta dira sebagai kodel. itupun kerana dira sendiri yang membahsakan keretanya sebagai kodel diawal perkenalan mereka .

 "Nur Nadhira , nak saya teman awak ke tidak" sedikit edy menguatkan suara kerana melihat dira seperti mengelamun memerhatikan gelanggang yang kosong , tersentak "Eh xpelah, Saya nak balik" dicapai beg baju dan kasut , disarung semula selipar dan "korang aku gerak terus lah tak sedap badan la, rasa macam gatal-gatal nak kawen" terus beredar meninggalkan Edy termangu dan gelak ketawa mereka yang tinggal .

dira....

semakin sukar difahami ,  semakin aneh kelakuan kau.

.....................................................................................

deringan telefon tak berhenti , nurul berlari dari dapur mendapatkan telefon dira , "perempuan ni tinggal phone pula, apa nak jawab dengan mak dia ni" nurul bermonolog sendiri. nak diangkat atau dibiarkan . teragak-agak . kalau diangkat nak menipu apa pula ni.

nurul mengambil telefon dira tadi dan menekan butang mute , dan tiba terpapar gambar seorang lelaki menghiasi wallpaper , kacak . tapi siapa . sedangkan setahu nurul dira tidak pernah mempunyai teman lelaki , " bukan artis, kalau artis aku mesti kenal" nurul bersoal jawab dalam hati . diletakkan semula telefon tadi dan tergelak kecil . syukur teman serumah dan sahabat baiknya itu punya nafsu lagi pada lelaki . 




(ini cerita bersambung, jangan mengarok paksa aku habiskan, sebab memang akan ada beberapa episode)