search

sugar daddy

Total Pageviews

9.07.2014

player dalam jersi 2

terpusing-pusing, tergaru-garu nadhira disepelusuk kedai, "eh perempuan ni menyusahkan aku betul la, tadi janji tolong ambilkan kek je, sekarang minta tolong cari novel dia pulak, dengan kotak besar macam ni, dah macam santa claus aku ni" mengomel dira sendiri . sakit hati nadhira kerana terpaksa mendukung beg plastik kek yang ditempah oleh nurul afiah dan paling sakit hati bila nurul merayu pula untuk dia mencarikan buku novel keluaran ahadiat akashah yang terbaru . Demi menjaga hati sahabat dan merangkap teman serumah , terpaksa juga nadhira menggagahkan kaki.

memang tak jumpa la kalau dah book store besar macam ni, dira berpusing mahu ke kaunter untuk bertanya dan dam! nadhira terlanggar rak buku dibelakang. dira mengerang kesakitan "shit!" laju meluncur kata spontan dari mulut,  "cik tak apa-apa?" dengar suara garau lelaki dari arah belakang "aku taknak toleh, taknak taknak" malu . dira bangun pantas dan terus keluar . "cik cik! kotak ni!" jerit lelaki yang menegur dira tadi. bulat mata dira, aduhhhhh kek nurul! jerit dira dalam hati. dira berpusing dan menutup sedikit mukanya dengan rambut dengan harapan tak dikenali . "eh nadhira kan!" lelaki itu sedikit teruja "awak! saya selalu sent message dekat inbox Facebook awak lah, tapi awak tak layan, eh awak ok tak ni" soal lelaki tadi berulang kali . Dira capai kotak kek dan pergi .

"DIRAAAAAA!!!" jerit nurul dari dapur. dira ambil earphone dan tekap kepala bawah bantal . nasib lah kau siapa suruh harapkan aku , ketawa kecil dira dalam hati . kasihan nurul . kek yang ditempah hancur teruk . pening, macamana nak sambut birthday Amri malam ni . sugul nurul didapur termenung .

"kau nak kemana ! hal kita tak habis lagi" jerkah nurul dari bilik melihat dira tertoleh toleh mahu membuka pintu . "ah gila" pantas dira lari mengunci pintu bilik semula. tercungap cungap. tahu benar dia yang nurul bukan mudah percaya apa pun alasan . lebih baik dia lari .

geleng kepala , tersenyum nurul memerhati gelagat nadhira. "takut lah tu" . bisik nurul sendiri.


..................................................................................

seperti biasanya , Dira berpakaian ringkas , seluar jeans dan tshirt putih, dipacu laju sang jerung membelah angin . kelajuan dan jarak bukan masalah untuk nadhira , terbiasa dia memandu sendiri kerana kerjayanya juga lebih kepada diatas jalan raya , dari pemandu pelancong sehingga mendapat nama didalam bidang kerjaya dan dikenali ramai , hari ini dia menuju ke utara tanah air . langkawi, sudah lama rasanya dia tinggalkan pulau itu. seboleh tidak dia selalu mengelak untuk kesana, tapi kerana sahabat lama sekelas sewaktu belajar adakan reunion . mahu atau tidak dia terpaksa juga turut serta . 

telefon di riba berkelip beberapa kali , sengaja dibiarkan dalam mode silent , malas mahu diganggu ketika memandu , tapi teralih sebentar bila mata tertancap pada nama yang terpapar di skrin . membulat mata nadhira . siapa pula ni . nadhira memperlahankan suara radio dan menekan skrin untuk menjawab panggilan . 

"Mana awak dapat number phone saya!" jerkah nadhira . 

..................................................................................

"Selamat pagi cik, meja sarapan cik disana" pelayan menunjukkan meja makan nadhira, terlihat hamidi teman sekelas waktu belajar dahulu dan isterinya sedang duduk dimeja yang dimaksudkan , "morning lovebird" tegur nadhira ringkas. "morning princess" dibalas oleh hamidi . "jemput sekali D" hamidi mempelawa nadhira untuk turut serta bersama mereka. selesai berbalas salam dengan isteri hamidi nadhira duduk disamping isteri hamidi . perbualan mereka lebih berkisar pada zaman belajar, ketawa terkekeh isteri hamidi mendengar semula kisah nakal nadhira dan suaminya . dan meja semakin penuh dengan teman-teman yang turut serta . Nadhira memang disenangi , dengan sesiapa pun, mungkin kerana memang sifat azalinya yang tidak sombong walau datang dari keluarga berada .

..................................................................................

Dira belek satu persatu jadual yang diberi oleh mereka , aktiviti bersama untuk harini . nampak seronok . diving di pulau payar . 

..................................................................................

dira turun awal ke lobi , sengaja dia turun awal kerana tidak mahu teman-teman lain menunggu, sambil mengambil gambar dan menhirup udara laut langkawi tiba-tiba nadhira disentakkan dengan suara yang tidak begitu asing dipendengaran dan tidak terjangka sosok lelaki yang sedang melintas dihadapannya itu boleh berada disitu. nadhira tersentap . 




(bersambung)