search

sugar daddy

Total Pageviews

10.30.2014

player dalam jersi (6)

dikemaskan ikatan leher bajunya,
dengan skirt pendek dan kemeja polos kemas, nadhira tersenyum "cantik" memuji diri sendiri.
tersenyum nadhira "ah dari takde yang nak puji aku, baik aku puji diri sendiri"

...................................................................................

"encik yazid boleh terus hubungi saya di nombor ini nanti" nadhira menyuakan kad perniagaannya,
lelaki itu ditenung dalam , penuh maksud dan harapan .

"baiklah cik...err.. nadhira" tergagap yazid apabila ditenung sebegitu oleh nadhira ,

.....................................................................................

sikuis kuis skrin telefon, skrin gelap, segera ditekan papan skrin supaya terus bercahaya, gelisah .

saya rindu a......

laju jari nadhira memadam semula mesej yang ditaip,

dicampak telefon yang digenggam kesisi . terduduk nadhira memeluk lutut . disembamkan mukanya kebawah . terasa titisan panas mula bertakung dikelopak mata. diraup wajahnya berkali-kali menggunakan telapak tangan . pedihnya menanggung rasa begini .

"kalaulah aku boleh" terlintas difikirannya untuk terus sahaja menerjah tapi dia sendiri tidak pasti dengan kebenaran yang dilihatnya tempoh hari .

.......................................................................................

langkawi , 8.30pm

nouman berdiri mendongak kelangit , "rindu" bisik hati . letih seharian bekerja . harini dia manager on duty shift malam .

"kalaulah dia tahu aku rindu dia" , tapi . segala yang terjadi beberapa tahun silam benar-benar menghancurkan hidupnya , wanita yang dirasakan bakal menjadi suri hidupnya menolak mentah cinta yang dihulur . cuma salah faham antara mereka , kerana disangka dia tidak serius dan mempermainkan . tak sempat dia menerangkan situasi sebenar , wanita itu terus jauh meninggalkannya dan sehingga kini tiada langsung khabar berita .

"bro kau ingat lagi tak guest yang tiup lilin kek malam haritu, yang pakai baju putih seluar pendek dengan kawan-kawan dia tu" sergahan Hanif mematikan lamunan .

berkerut kening Nouman cuba mengingati semula .

"alah yang muka dia seksi macam lisa surihani tu, yang budak-budak frontdesk duk usha tiap hari nak try tu"
sambung hanif sahabat sekerja dan sekepala .

"aku tak ingat, kenapa bro dengan dia?"
Nouman membalas dengan sedikit teruja,

"kau yang bawa kek dia la, takkan tak ingat ? aku rasa dia tu dulu pernah kerja dengan dato' hassan la, seket apeke apa tu yang pembantu tu " hanif menyambung bicara. dato hassan adalah bekas majikan mereka .

"setiausaha lah, kau ni , tak payah nak cakap BI sangat la jawa . kahkahkah" terburai berdekah ketawa nouman memecah sunyi . tidak diendah siapa wanita itu , muka dan lidah hanif yang terpintal cuba menyebut perkataan seketaris itu lebih menarik pada pandangannya .

disambut tawa oleh hanif dan mereka menukar topik perbualan .

......................................................................................

nurul membetulkan rambutnya ,
diikat dilepas beberapa kali , serba tak kena .

nadhira memerhatikan dari luar bilik , kerana cermin meja solek yang memantulkan imej kearah ruang tamu jadi nadhira dengan jelas boleh melihat kelakuan sahabat baiknya itu .

nadhira berjalan kepintu bilik nurul ,

"kau kenapa?" soal nadhira "macam kusut je aku tengok" sambungnya lagi.

"aku baru lepas putus dengan amri" jawab nurul ringkas sambil terus bermain dengan rambutnya .

nadhira melabuhkan punggungnya diatas sofa yang terdapat disudut bilik, "cuba cerita" nadhira menyoal, dia tahu dari riak wajah, sebenarnya sahabatnya itu sedang bergelut dengan kecewa .

nurul melangkah mendekati nadhira dan duduk bersimpuh dibawah, ditampungkan dagunya pada ribaan nadhira "dia taknak kahwin, habistu apa guna kitorang bercinta lama-lama"

nadhira mendengus ,

"aku dah cakap kan dia memang tak serius, sebabtu aku hancurkan kek dia haritu" nadhira senyum dibalas ketawa mengekek dari nurul . "kau ni ada je kan nak lepaskan diri, ganti balik kek aku!" nurul mencubit betis nadhira dan mereka bergelut terbaring dilantai kerana nadhira cuba melepaskan diri dari digeletek teruk.

.........................................................................................



p/s: ruang komen ditutup untuk mengelak dikeji.
     : terima kasih sudi membaca .
     : sambungang sebelumnya ada di entry2 belakang :)