search

sugar daddy

Total Pageviews

10.08.2014

player dalam jersi (5)

"kau rasa ?" nadhira menjongketkan kening.
"jangan merepek la dira" nurul sedikit meninggi suara .
"hahahahahah" nadhira ketawa dan beredar masuk ke dalam bilik.
"diraaaaaa!" nurul sedikit menjerit, tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi.
pintu bilik ditutup dan dira merebahkan badan diatas tilam , direnung kearah tingkap dan ekor mata tertangkap pada sangkutan kain putih di sebelah almari pakaian . kain telekung pemberian abah dan mama . lama sudah tak disentuh kain itu , dira memalingkan muka dan menyembamkan kebantal . tertidur mulas dalam khayalan .

 ..............................................................................

"handsomenya mamat tu beb" Nadhira menyenggol tangan nurul supaya melihat kearah yang sama , 
"mana" nurul memaling muka dan bertanya .
"dah pergi, kau lambat" jawab nadhira ringkas
nurul menyambut dengan cebikan .
"babe , aku rindu kimi la" nadhira menyuarakan perasaan .
"sabar ea D, tapi aku cuma tak faham kenapa korang putus kalau kau sayang dia " nurul cuba memujuk , sungguh dia tak pernah tahu dan kenal siapa hakimi , tapi dari setiap cerita dan gambaran yang diberi , nampak benar nadhira begitu menyintai lelaki itu . cuma sehingga kini nurul tak pernah tahu kenapa hubungan nadhira dan hakimi berakhir .
"hubungan tu tak pernah bermula" gumam nadhira didalam hati.
nadhira melontar jauh pandangan kearah tasik membiarkan nurul dengan soalan .

..........................................................................

coffeetrap 11.00pm 

nadhira dan beberapa lagi teman-temannya mula melabuhkan punggung . pelayan mula mengambil pesanan, teman-teman lain menarik lengan nadhira untuk masuk kebahagian dalam, lebih dekat dengan pentas utama.

nadhira menolak baik, dia cuma mahu makan, lagipula emosinya tidak berapa elok kebelakangan ni.

nadhira memerhati dari jauh tingkah teman-teman.

"aneh" sungut nadhira .

.........................................................................................





(to be continue)

p/s : ya Allah minta maaf sangat2 kat korang yg menunggu sambungan novel ni, seriously aku dah try sehabis baik tapi memang banyak sangat kerja aku.. haaaa.. sorry k..


ruang komen memang ditutup sebab penulis tak suka kena maki.. hahahah.. okbai