masing-masing sedia dengan jaket keselamatan , mereka diberitahu bahawa bot tidak boleh terus ke tebing kerana air mulai surut . nadhira mula berdebar-debar , "i tak reti berenang" bisik nadhira pada yulia , teman rapatnya ketika belajar dahulu , "jangan risau air cetek je D" yulia berusaha untuk menenangkan Nadhira yang kelihatan sedikit panik .
"I takut lemas!" jerit nadhira kepada mereka. "sini naik belakang i" tawar Amirul , Nadhira yang tak punya pilihan menerima pelawaan amirul . Amirul, lelaki berbadan sasa itu adalah lelaki pertama yang mengecewakan Nadhira, cinta pertama, zaman cinta monyet , hampir satu semester Nadhira frust apabila amirul dengan mudah mengaku yang dia sudah mempunyai kekasih lain . sedangkan ketika itu Nadhira sepenuh hati menyintainya , terimbas kembali semua . sekarang kelihatan lelaki itu cuba menawan kembali hatinya . tapi mimpi lah kau amirul. gadis kasar tak punya perasaan itu bukan mudah ditundukkan .
link sambungan :
"I takut lemas!" jerit nadhira kepada mereka. "sini naik belakang i" tawar Amirul , Nadhira yang tak punya pilihan menerima pelawaan amirul . Amirul, lelaki berbadan sasa itu adalah lelaki pertama yang mengecewakan Nadhira, cinta pertama, zaman cinta monyet , hampir satu semester Nadhira frust apabila amirul dengan mudah mengaku yang dia sudah mempunyai kekasih lain . sedangkan ketika itu Nadhira sepenuh hati menyintainya , terimbas kembali semua . sekarang kelihatan lelaki itu cuba menawan kembali hatinya . tapi mimpi lah kau amirul. gadis kasar tak punya perasaan itu bukan mudah ditundukkan .
.............................................................................
nadhira terhendap-hendap disekitar lobi . "ish takde pula!" bentak nadhira . semangat benar selepas pulang dari pulau payar tadi . diamati satu persatu wajah mereka yang lalu lalang disitu , hampir sejam nadhira berpura-pura membelek majalah yang diletakkan dimeja menunggu .
"selamat petang cik, dari tadi nampak sedang menunggu, boleh saya bantu?" nadhira disapa lembut oleh seorang pekerja hotel disitu, "takdelah i saja je duduk sini ambil angin" nadhira cuba menyembunyikan kekalutan dari riak wajah bersahajanya , "baiklah cik, kalau perlukan bantuan boleh ke kaunter hadapan sana ya" . Nadhira senyum dan angguk .
.............................................................................
"cuba awak tutup mata" bisik suara itu , nadhira dengan rela menutup rapat kedua matanya , terasa segar bila disapa lembut angin laut . "sekarang awak bayangkan saya tinggalkan awak sendiri dekat sini" dan suara itu pergi . Nadhira tersentak dari tidur . "Astaghfirullah" diruap muka dan menggosok mata, melihat kearah jam ditangan, jam 8.00 pm, sebentar lagi ada BBQ di pantai, bisik nadhira , nadhira capai kotak rokok dan melangkah ketepi tingkap , berkepul asap keluar , disedut dalam-dalam dan dilontar jauh .
tak habis sebatang , dicucuh puntung kedalam air tin soda dihadapan mata dan pantas nadhira melangkah ke bilik mandi , nadhira mencapai tuala yang disangkut . diputar pili air dan dibiarkan air pancuran itu membasahi tubuh . "tak sedar air matanya menitis sealir dengan pancuran" tersandar nadhira kedinding . "aku kena kuat" pujuk hatinya sendiri . tiga hari lagi disini takkan lama .
..........................................................................
berseluar pendek dan berkemeja besar berwarna putih , nadhira turun kebawah dan terus menuju ke tepi laut dimana majlis BBQ bersama teman-temannya bakal diadakan. tapi nampaknya seperti cuma dia seorang yang baru tiba . yang terlihat cuma kepulan asap dari tempat membakar .
"HAPPY BIRTHDAY!!!" jerit yulia dan teman-teman lain . terkejut nadhira mengurut dada, hampir gugur jantungnya . hampir lupa harini 14 september bersamaan dengan tarikh hari kelahirannya , malam itu terlupa semua akan cerita yang sering membuatkan dia murung . Nadhira begitu menikmati keadaan dengan gelak tawa dan usikan dari kawan-kawan . majoriti yang datang semuanya sudah berumah tangga , dan cuma segelintir yang masih bujang . sudah tentu yang bujang terus-terus menjadi bahan usikan .
"cik tiup cik lilinnya, saya banyak kerja ni" terdengar suara kasar dari arah meja hidangan , jantung nadhira seakan berhenti berdegup . perlahan-lahan nadhira memalingkan muka . "kimi!" jerit nadhira terkejut . jadi benarlah sangkaannya lelaki itu yang dia lihat di lobi tempoh hari . "maaf cik saya nouman" balas ringkas pemuda itu sambil menunjukkan tag nama di dada dan menyuakan kek kearah nadhira . nadhira meniup lilin dan dibalas dengan tepukan oleh teman-teman . dan pemuda itu berlalu pergi tidak mengendahkan nadhira yang masih terpaku dihadapan.
sorakan dan ucapan selamat seperti angin lalu sahaja ditelinga nadhira , dia benar-benar tertanya-tanya takkan lupa lelaki itu pada dia atau memang benar lelaki itu tidak mengenalinya . "esok aku mesti cari tahu siapa kau" tekad nadhira .
(bersambung)
link sambungan :