seperti kebiasaan Nadhira dan pasukan turun berlatih bagi persediaan perlawanan futsal harian metro yang tinggal beberapa minggu lagi.
"babe kau ok?" sapa nana rakan sepasukan ,
"ok" ringkas jawapan sambil dilontar jauh pandangan .
"kau nak makan tak Dira" tegur nurul mengambil tempat disebelah bangku Nadhira .
"tak la yul" ringkas , dialihkan pandangan dan terus mengangkat beg dan meminta diri untuk pulang .
terpinga-pinga semua mereka melihat perubahan nadhira, saling tertanya-tanya sesama mereka. semua memandang kearah nurul, "ntah" sambil nurul mengangkat kedua bahu dan tangan , untuk terus bertanya pada Nadhira memang seakan mustahil untuk mendapatkan jawapan kerana Nadhira bukan mudah berkongsi kisah peribadinya dengan teman teman.
dihempas lenguh badannya keatas tilam . "nak tukar katil lah esok, sambil menyalakan api rokok" berbisik sambil ketawa. entah apa, berdialog dengan katil , terasa kelakar sendiri .
lapar lah pula , nadhira menggosok perutnya . keluar dari bilik dan terus menuju ke dapur .

............................................................................
asap Dj mix strawberry berkepul dihembus keluar dari mulutnya , nadhira menghabiskan masanya dihadapan skrin komputer ribanya , banyak juga kerjanya tertunda , harus diselesaikan segera rungutnya .
"Dira, can you come for tonight, the crowd need your soul" soal richard dihujung talian
"yes sure man, see you in a couple hours" Dira membalas ringkas dan kembali menatap skrin .
humm.. nadhira mengeluh kecil sambil mencari pakaian yang sesuai untuk disuai padan . beberapa kali memilih dan dia menyarungkan tshirt dan jeans pendek . bentuk badannya sudah cukup molek , tak perlu terlalu terdedah pun sudah cukup seksi . Nadhira membuat panggilan keluar , menghubungi keluarganya yang menetap di hou gang singapura . telefon tidak diangkat. "mana mama ni" nadhira berdialog sendiri. . Nadhira anak kedua daripada tiga adik beradik , dari kecilnya dia memang selalu berdikari , hidup sendiri .
jerung putih dipacu laju ke destinasi , kunci dicampak ke jokey . "parking elok, calar you ganti spray" nadhira sempat bergurau dan ketawa sebelum berlari masuk kedalam bangunan . selesai bersalam dan menyapa beberapa kenalan ditepi pentas nadhira naik dan disorak. siapa tidak kenal nadhira . gadis genit itu punya ramai kenalan dan terkenal kerana membawa perwatakan sentiasa merendah diri dan mesra .
............................................................................
dihempas lenguh badannya keatas tilam . "nak tukar katil lah esok, sambil menyalakan api rokok" berbisik sambil ketawa. entah apa, berdialog dengan katil , terasa kelakar sendiri .
lapar lah pula , nadhira menggosok perutnya . keluar dari bilik dan terus menuju ke dapur .
................................................................................
"cik Dira boleh tandatangan disini" sapa amira pembantu kewangan disyarikat itu meminta nadhira untuk menurunkan tandatangan dibeberapa keping cheque . "beri saya masa untuk semak, tinggalkan dahulu disini" pinta nadhira , dia yang sedang leka menyiapkan proposal terbaru untuk penerangan projek dihadapan lembaga pengarah seakan tidak mempedulikan kehadiran amira .
telefon berdering beberapa kali , nadhira melihat ke arah skrin telefon dan teragak-agak untuk menjawab . "iye sayang, nak apa ni baby, i busy ni, nanti i call you lagi , love you" laju meluncur tanpa perasaan , terus nadhira mematikan talian . "gila , tak faham bahasa" rungut nadhira sendiri kepada lelaki yang baru dikenalinya tidak sampai beberapa hari di kelab tempoh hari .
nadhira berkemas-kemas dan berlalu keluar , ada perbincangan harga dengan pelanggan , sengaja dia pilih untuk keluar lebih awal kerana tidak mahu tersangkut di dalam kesesakan lalulintas dan membuat pelanggannya menunggu lama. kota kesibukan ini semakin membangun , semakin sukar diramal lalulintasnya . sama saja seperti disingapura .
....................................................................................................
"Dia offer kau jadi anak ikan?" nurul membesarkan mata kearah nadhira , "habistu kau nak lah?" nurul menyambung soal . nadhira sengaja menyimpan tawanya melihat kegelisahan nurul . "kau jangan merepek D" nurul mengingatkan nadhira berulang kali . sedikit riak cemas ada diwajahnya . takkan nak dibiar sahabat baiknya itu hanyut terlalu jauh .
(bersambung)